Tuesday 19 February 2013

Kitaran Asas Penyaman Udara







 KOMPONEN DALAM KITAR PENYEJUKAN ASAS

Di dalam kitar penyejukan asas, terdapat beberapa komponen- komponen asas. Antaranya ialah:


a. Pemampat
  • Pemampat merupakan komponen yang terpenting dalam kitar penyejukan. Digunakan untuk proses mampatan haba dan bahan pendingin kepada tekanan tinggi.
  • Terdapat empat jenis atau kelas pemampat yang digunakan pada masa kini:
  • Pemampat salingan
  • Pemampat putar
  • Pemampat empar
  • Pemampat skru

b. Penyejat
  • Satu komponen dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara yang digunakan untuk proses penyerapan haba dan menghasilkan kesejukan pada ruang atau bilik. Terdapat nama-nama lain bagi penyejat iaitu gelung penyejuk, unit penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair.
  • Terdapat 2 jenis penyejat:
  • Penyejat jenis pengembangan kering
  • Penyejat jenis banjir

c. Pemeluwap
  • Pemeluwap merupakan komponen pembuangan haba yang diserap di dalam penyejat dan dimampatkan di dalam pemampat. Haba disingkirkan ke dalam satu medium di luar system penyejukan atau penyamanan udara. Dengan penyingkiran haba, wap bahan pendingin, wap bahan pendingin yang panas akan bertukar kepada cecair panas.
  • Terdapat 3 jenis pemeluwap yang biasa digunakan:
  • Pemeluwap dingin-udara
  • Pemeluwap dingin-air
  • Pemeluwap bersejat

d. Injap pengembang atau peranti permeteran
  • Komponen ini digunakan untuk mengawal kadar aliran bahan pendingin dalam kitar penyejukan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair bertekanan tinggi perlu dikurangkan tekanannya agar kuantiti sebenar operasi pada takat maksimum keupayaan sistem dapat dicapai tanpa beban berlebihan di dalam pemampat.
  • Terdapat enam jenis peranti permeteran:
  • Injap pengembang thermostat
  • Injap pengembang automatik
  • Tiub rerambut
  • Injap apung bahagian rendah
  • Injap apung bahagian tinggi
  • Injap tangan

e. Tangki simpanan atau penerima
  • Digunakan sebagai tempat penyimpanan sementara bahan pendingin sebelum mengalir masuk ke dalam injap pengembang.

Popular Posts