FUNGSI SETIAP BAHAGIAN
1. Pemampat (Compressor)
Menyedut wap bahan pendingin dan memampatkan
menjadi tekanan dan suhu tinggi
2. Penyejat (Evaporator)
Menyerap haba dari ruang yang
didinginkan. Semasa
penyerapan berlaku proses sejatan,cecair bahan
pendingin bertukar bentuk menjadi wap bersuhu dan
tekanan rendah.
3. Pemeluap (Condenser)
Menyingkirkan haba yang
terhasil daripada proses
mampatan dan proses sejatan dipenyejat. Semasa haba
disingkirkan berlaku proses pemeluapan, wap bahan
pendingin bertukar menjadi cecair.
4. Peranti pemeteran (Metering device)
Merendahkan tekanan dan suhu serta mengawal aliran
bahan pendingin ke penyejat